Perhimpunan bulan April IPPTAR
Perhimpunan Bulanan April di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) berlangsung dalam suasana penuh kebersamaan dan penghargaan terhadap warga institut yang telah menyumbang kepada kecemerlangan organisasi.
Majlis ini turut meraikan pertukaran pegawai,penukaran pegawai baharu, serta kenaikan pangkat pegawai IPPTAR sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi, komitmen dan kecemerlangan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan.
Dalam masa yang sama, IPPTAR turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai yang telah bersara atas segala jasa, khidmat bakti dan sumbangan yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka kepada institut dan negara.
Majlis turut diserikan dengan sambutan hari lahir warga IPPTAR bagi bulan Februari hingga April, sebagai tanda penghargaan dan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja.
Semoga semangat kebersamaan ini terus memperkukuh iltizam warga Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak untuk terus melakar kecemerlangan dalam memperkasa bidang komunikasi dan penyiaran negara.






te




