Santai Boling IPPTAR 2026
𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐁𝐎𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐏𝐏𝐓𝐀𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐒𝐈𝐀𝐋 𝐈𝐏𝐏𝐓𝐀𝐑 (𝐊𝐊𝐒𝐈)
Penyertaan terdiri daripada Pejabat Parlimen Lembah Pantai, Pejabat YB Menteri Komunikasi, Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Komunikasi (KESKOM), Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Antarabangsa - IPGKBA dan warga IPPTAR.
Pada kejohanan itu, pasukan Pejabat Parlimen Lembah Pantai muncul juara kategori Berpasukan. Bagi kategori Individu (High Series) Lelaki, Encik Man daripada Pejabat Parlimen Lembah Pantai muncul juara dengan 233 jatuhan pin, manakala Puan Emalisa daripada IPPTAR merangkul kategori Individu (High Series) Wanita dengan 180 jatuhan pin.
Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Kreatif) Jabatan Penerangan Malaysia, Encik Erwin Khairul bin Ahmad muncul juara Individu Lelaki kategori VIP sementara Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MYCreative Ventures, Encik Zainol Haqim di tempat kedua manakala Pengarah Bahagian Pusat Siaran dan Kawalan Rangkaian Multichannel Encik Ismail Seman di tempat yang ketiga.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan semua yang terlibat menjayakan kejohanan ini. Semoga kita berjumpa di kejohanan yang akan datang.


er


te





