Skip to main content

Bengkel Perancangan Program Latihan Bahagian Akademik Tahun 2027

RABU - 18 November 2026

Bengkel Latihan Program Akademik Tahun 2027 sedang berlangsung selama empat (4) hari bermula 18 hingga 21 November 2026 bertempat di Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands. Penganjuran bengkel ini bertujuan sebagai persediaan menyeluruh bagi merangka dan menyelaraskan takwim latihan bagi tahun hadapan. Sesi bengkel yang sedang berlangsung ini dimulakan dengan ucapan perasmian daripada Ketua Bahagian Akademik, Encik Yusari dan pembentangan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) oleh Ketua Kluster Penyelidikan dan Penerbitan.
 
Bengkel ini menghimpunkan empat (4) kluster utama iaitu Kluster Industri Kreatif, Kluster Kejuruteraan Penyiaran, Kluster Komunikasi Strategik serta Kluster Penyelidikan dan Penerbitan yang akan membentangkan perancangan kursus masing-masing untuk semakan dan penyelarasan bersama, dengan Kluster Komunikasi Strategik tampil sebagai pembentang pertama untuk hari ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
HUBUNGI KAMI

INSTITUT PENYIARAN DAN PENERANGAN TUN ABDUL RAZAK (IPPTAR)

Kementerian Komunikasi ,
Peti Surat 12163,
Jalan Pantai Baharu,
59700 Kuala Lumpur.

Telefon : 03-22957555
Emel : info.ipptar@ipptar.gov.my 

JUMLAH PELAWAT

07842743
Hari Ini: 71
Jumlah Pengunjung: 7,842,743
  • Kemas Kini Terakhir: 19 November 2026.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

HAK CIPTA TERPELIHARA 2026 © IPPTAR

IPPTAR

JOM BERKURSUS !!!
PANDUAN DAFTAR KURSUS