Kunjungan hormat Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) JAPEN
Kunjungan hormat Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik), Puan Rubaayah Osman bersama pegawai-pegawai Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) ke Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) bagi mengadakan perbincangan berkaitan kerjasama strategik antara JaPen dan IPPTAR dalam pelaksanaan kursus-kursus di IPPTAR, khususnya untuk pegawai-pegawai penerangan.
Bagi pihak IPPTAR perbincangan strategik ini diketuai oleh Ketua Bahagian Akademik, YBrs. Encik Mohammad Yusari Ameer bin Mohd Yusof dan turut disertai oleh ketua-ketua kluster serta Koordinator program Kluster Komunikasi Strategik bagi membincangkan peluang kerjasama dan penambahbaikan program latihan secara lebih menyeluruh.
Semoga perbincangan yang bermanfaat ini dapat memperkukuhkan hubungan strategik serta meningkatkan pembangunan kompetensi pegawai-pegawai Kementerian.






te
