Kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah RTM
Perjumpaan strategik Pengarah IPPTAR bersama Ketua Pengarah RTM memperkasa latihan industri penyiaran.
Mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah RTM, Encik Ashwad Ismail bagi membincangkan hala tuju strategik pembangunan latihan dan pengukuhan kerjasama antara kedua-dua agensi.
Perbincangan memberi fokus kepada penstrukturan latihan yang lebih strategik, pelaksanaan program Training of Trainers (TTT) bersama HRD Corp, pengisian kekosongan jawatan, serta perancangan kursus berimpak tinggi bagi tahun 2026.
Selain itu, komitmen terhadap pemantapan kehadiran peserta, pelaksanaan latihan yang lebih berfokus, serta cadangan projek kerjasama berskala besar turut diberi penekanan bagi memastikan impak yang lebih signifikan kepada industri penyiaran negara.
Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Encik Reza Shariman Othman (Pengarah Bahagian Program TV RTM), Encik Nordin Hamid (Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah RTM), Encik Mohammad Yusari Ameer bin Mohd Yusof (Ketua Bahagian Akademik IPPTAR) serta Puan Kayathri a/p Logenathan (Pendaftar IPPTAR).
Perjumpaan ini mencerminkan kesepaduan dan komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan modal insan serta memperkukuh sinergi strategik antara RTM dan IPPTAR.






te



