Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA
Sekitar Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Kementerian Komunikasi (PCKK) Kali Ke-43 Tahun 2026 yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Serbaguna, Aras B1, Menara Komunikasi, Putrajaya.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Penasihat PCKK, serta diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Myra Mahyuddin, Penaung PCKK dan YBhg. Datin Anita Zarina binti Salahuddin, Pengerusi PCKK.
Sepanjang mesyuarat, pelbagai agenda penting telah dibentangkan termasuk laporan aktiviti dan kewangan bagi tahun 2025, di samping pembubaran serta pelantikan Ahli Jawatankuasa baharu bagi sesi 2026–2028. Majlis turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah, penyampaian sijil penghargaan serta tayangan video imbasan aktiviti PCKK.
Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Biro Pembangunan Profesionalisme, YBhg. Datin Hazimah binti Haji Samin serta Setiausaha Biro Pembangunan Profesionalisme, YM Tengku Noor Ayuni binti Tengku Mohd atas penganugerahan sebagai Ahli Aktif PUSPANITA Cawangan Kementerian Komunikasi bagi Sesi 2024–2026.
Semoga PCKK terus cemerlang dengan komitmen semua ahli dalam memperkasakan peranan dan kebajikan warga PUSPANITA pada masa akan datang.
#pckk #puspanita #kementeriankomunikasi #biropembangunanprofesionalisme #ipptar55






te




