Penyerahan Rasmi Pejabat Selangorfm
Satu detik bersejarah tercipta dengan penyerahan rasmi pejabat SELANGORfm oleh Pengarah Penyiaran Selangor, Encik Zulkefli Mohd kepada Dato’ Roslan Ariffin, Pengarah IPPTAR menandakan bermulanya perpindahan secara berperingkat SELANGORfm ke Wisma TV, Angkasapuri.
Penyerahan ini turut mengakhiri satu fasa penting apabila SELANGORfm telah beroperasi lebih 17 tahun di Bangunan IPPTAR, sejak perpindahan ke Kompleks Angkasapuri pada tahun 2008. Sepanjang tempoh tersebut, IPPTAR menjadi saksi kepada perkembangan, transformasi serta pengukuhan peranan SELANGORfm sebagai penyiar awam nasional yang dekat dengan rakyat.
Perpindahan ke Wisma TV Angkasapuri melambangkan langkah strategik ke arah penyiaran yang lebih moden, bersepadu dan selari dengan agenda transformasi media RTM serta pembangunan Angkasapuri sebagai Kota Media Negara.
SELANGORfm terus komited menyampaikan maklumat, berita dan hiburan berinformasi demi rakyat dan negara.


er


te

