Lawatan The Young SEAkers Malaysia Chapter ke AIBD & IPPTAR
Seramai 21 belia ASEAN daripada The Young SEAkers Malaysia Chapter telah mengadakan lawatan ke Asia-Pacific Institute for Broadcasting Development (AIBD) dan seterusnya ke Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR). Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan institusi latihan penyiaran serta kemudahan teknikal yang disediakan.
Sesi penerangan dan lawatan ke studio TV dan radio IPPTAR telah disampaikan oleh Puan Shaidatul Ain, Ketua Bahagian Khidmat Teknikal IPPTAR, yang berkongsi fungsi studio, sistem penyiaran serta latihan teknikal yang dijalankan di IPPTAR.
Program lawatan diakhiri dengan sesi bergambar bersama YBhg. Dato’ Roslan bin Ariffin, Pengarah IPPTAR, dan Ms. Philomena Gnanapragasam, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AIBD.


er


te



