Skip to main content

Majlis Jasamu Dikenang 2026

Sekalung penghargaan buat 157 pesara Kementerian Komunikasi yang diraikan dalam Majlis Jasamu Dikenang 2026.

IPPTAR turut mengucapkan terima kasih dan selamat bersara kepada Encik Surimi dan Puan Kartini atas segala sumbangan serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan. Majlis turut diserikan dengan ucapan wakil pesara oleh mantan Pengarah IPPTAR, Dato’ Roslan Ariffin, yang berkongsi pengalaman dan kenangan sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB. Dato' Seri Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, YB. Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi, YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Bahria Mohd Tamil, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU (S)), YBhg. Datuk Aminurrahim Mohamed, Setiausaha Bahagian Kanan, YBrs. Encik Mohammad Yusari Ameer Mohd Yusof, Ketua Bahagian Akademik IPPTAR, serta Pesara Pengurusan Tertinggi Kementerian Komunikasi.

Terima kasih atas jasa yang tidak ternilai. Semoga terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan.

CONTACT US

INSTITUT PENYIARAN DAN PENERANGAN TUN ABDUL RAZAK (IPPTAR)

Kementerian Komunikasi ,
Peti Surat 12163,
Jalan Pantai Baharu,
59700 Kuala Lumpur.

Telefon : 03-22957555
Emel : info.ipptar@ipptar.gov.my 

TOTAL VISITOR

07841459
Today: 60
Total: 7,841,459
  • Kemas Kini Terakhir: 25 September 2026.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

HAK CIPTA TERPELIHARA 2026 © IPPTAR

IPPTAR

JOM BERKURSUS !!!