Pertemuan Strategik IPPTAR bersama KSU Kementerian Komunikasi
Khamis - 15 Oktober 2026
Pegawai Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) mengadakan pertemuan bersama Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Komunikasi bagi membincangkan persiapan dan perancangan program yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat oleh IPPTAR.
Pertemuan ini menjadi platform untuk menyelaras perancangan, memperkukuh kerjasama dan memastikan pelaksanaan program berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Semoga usaha ini terus memperkukuh peranan IPPTAR dalam mendukung aspirasi Kementerian Komunikasi dan meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.










