Sesi penyerahan semula tapak Dewan Cendekiawan
IPPTAR - 15 Okktober 2026
Telah berlangsung sesi penyerahan semula tapak Dewan Cendekiawan, IPPTAR setelah selesai pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan kemudahan teknikal di ruang berkenaan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan IPPTAR dalam memastikan kemudahan dan fasiliti yang disediakan dapat menyokong kelancaran operasi serta pelaksanaan program latihan. Sesi ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohammad Yusari Ameer Mohd Yusof, Ketua Bahagian Akademik yang menjalankan tugas Pengarah IPPTAR. Semoga kemudahan yang disediakan terus dimanfaatkan bagi menyokong penyampaian latihan yang berkualiti di IPPTAR.







