Lawatan Pegawai Muda Kor Perkhidmatan AM (Perhubungan Raya) Ke IPPTAR.
Meneroka Potensi, Memperkukuh Kolaborasi.
IPPTAR menerima kunjungan Pegawai Muda Kor Perkhidmatan AM (Perhubungan Raya) dalam satu sesi lawatan dan perkongsian bagi memahami dengan lebih dekat peranan IPPTAR sebagai pusat latihan awam dalam bidang industri kreatif, penyiaran dan komunikasi strategik.
Lawatan ini turut menjadi ruang untuk bertukar pandangan mengenai keperluan pembangunan kompetensi, khususnya dalam memperkasakan kemahiran komunikasi dan kreativiti selari dengan landskap media yang semakin dinamik.
Daripada ilmu kepada kemahiran, daripada latihan kepada impak. IPPTAR terus komited membangunkan bakat dan kompetensi warga sektor awam untuk menghadapi cabaran komunikasi masa kini.


