Mesyuarat Pengurusan IPPTAR Bil. 7/2026
Mesyuarat Pengurusan IPPTAR Bil. 7/2026 telah dipengerusikan oleh Ketua Bahagian Akademik, Encik Mohammad Yusari Ameer bin Mohd Yusof. Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan, penyelarasan agenda kerja serta perancangan strategik ke arah memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan kecemerlangan organisasi. Semoga setiap keputusan dan tindakan yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi mencapai aspirasi IPPTAR.





