Perhimpunan Bulanan IPPTAR - Julai 2026
Majlis Perhimpunan Bulanan IPPTAR bagi Bulan Julai telah berlangsung dengan jayanya bersama Ketua Bahagian Akademik, menghimpunkan warga IPPTAR dalam usaha memperkukuh penyampaian maklumat, menyemarakkan semangat kerja berpasukan serta mengeratkan hubungan dalam kalangan warga jabatan. Bagi menyokong aspirasi pembudayaan gaya hidup sihat di tempat kerja, majlis dimulakan dengan aktiviti Brisk Walk yang melibatkan penyertaan warga IPPTAR dari Bangunan Teknologi IPPTAR menuju ke Wisma Radio. Aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan amalan hidup sihat dan aktif, malah menjadi platform untuk memupuk semangat kebersamaan, meningkatkan kecergasan fizikal serta kesejahteraan mental dalam kalangan warga kerja. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada warga IPPTAR atas komitmen, semangat serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga budaya hidup sihat ini terus menjadi amalan dan inspirasi dalam melahirkan warga kerja yang lebih cergas, produktif dan berdaya saing. Terima kasih juga kepada pihak RTM atas kerjasama yang diberikan.
Bersama Melangkah, Bersama Sihat, Bersama IPPTAR.
IPPTAR Sihat, IPPTAR Hebat!






