Perkongsian Strategik IPPTAR dan Persatuan Wartawan Sabah (SJA)
Kota Kinabalu, Sabah 31 Julai 2025 – Sempena penganjuran Kursus Smart Journalism: AI Tools for Faster, Smarter Reporting anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) yang berlangsung dari 29 hingga 31 Julai 2025 di Kota Kinabalu, satu sesi perbincangan strategik telah diadakan bersama Pengerusi Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Puan Maria Doksil dan Setiausaha SJA, Cik Aisyah Nurudin.
Turut hadir sama, Ketua Kluster Industri Kreatif IPPTAR, Puan Sumathy, yang turut berkongsi pandangan berkenaan potensi kerjasama latihan antara IPPTAR dan pengamal media Sabah khususnya dalam bidang kewartawanan digital, kandungan kreatif dan aplikasi teknologi AI dalam penyampaian berita.
Pertemuan ini membuka ruang kerjasama strategik antara IPPTAR dan SJA dalam memperkasakan ekosistem media di Sabah, selaras dengan keperluan semasa dunia kewartawanan yang semakin dipengaruhi oleh kemajuan teknologi dan kecerdasan buatan (AI).
IPPTAR komited dan sedia mempertimbangkan keperluan latihan kepada pengamal media di Malaysia termasuk di Sabah, sejajar dengan peranannya sebagai pusat latihan media utama negara.


er


te

