Majlis Sejambak Kasih
Selasa - 20 Oktober 2026
IPPTAR telah mengadakan Majlis Sejambak Kasih, Sekalung Budi bagi meraikan Encik Surimi Salleh yang telah bersara pada 1 Jun 2026 dan Puan Siti Norazlina Abu Bakar yang bertukar ke RTM pada 3 Julai 2026.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, sumbangan, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di IPPTAR.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Surimi Salleh dan Puan Siti Norazlina Abu Bakar. Semoga segala kenangan manis bersama warga IPPTAR akan terus terpahat di hati. Selamat bersara kepada Encik Surimi dan selamat maju jaya kepada Puan Siti. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam setiap langkah yang mendatang.
Jasamu dikenang, budimu disanjung








