MENGABADIKAN SEMANGAT PATRIOTISME DI PUTRAJAYA
Sekitar kemeriahan dan semangat patriotisme sepanjang perbarisan penuh sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya. Setiap langkah, laungan dan kibaran Jalur Gemilang menjadi simbol kecintaan serta kebanggaan kita terhadap tanah air tercinta. IPPTAR turut sama menyemarakkan semangat Malaysia MADANI, menghayati erti kemerdekaan dan memperkukuh rasa cinta kepada negara. Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2026. Malaysia Tanah Airku.

