Seminar Kesedaran Hak Cipta Dalam Industri Penyiaran Dan Kandungan Digital
IPPTAR dengan Kerjasama Music Publishers Association (MPA) Malaysia telah menganjurkan Seminar Kesedaran Hak Cipta Dalam Industri Penyiaran Dan Kandungan Digital di Dewan Cendekiawan, IPPTAR hari ini.
Seminar ini merupakan inisiatif sulung yang dirangka khas untuk memberi pencerahan dan kesedaran mengenai ekosistem hak cipta serta pengurusan royalti di Malaysia. Dalam kepesatan industri muzik moden, pemahaman mengenai perlindungan harta intelek bukan lagi satu pilihan, tetapi satu keperluan kritikal bagi setiap penggiat seni dan pengamal media.
Menyedari hakikat ini, seminar ini dianjurkan untuk memastikan setiap pemain industri, sama ada di belakang tabir mahupun di hadapan lensa, dilengkapi dengan ilmu yang tepat. Panel-Panel dari MPA, Pn. Jennifah Johari, En. Karim bin Radzali, dan Pn. Norkhayati Mohd Hashim (Baiduri) telah berkongsi maklumat-maklumat berkaitan Kesedaran Hak Cipta Dalam Industri Penyiaran Dan Kandungan Digital.
Siaran Langsung seminar melalui Facebook IPPTAR dikendalikan oleh peserta Kursus Pengoperasian Sistem Siar Raya sesi 1 sebagai sebahagian daripada sesi amali.






te




