A- A A+
 Anger Stress Management

 

 Keterangan Kursus : 

Remote Live Production dan aliran kerja berasaskan awan menjadi norma baharu untuk penerbitan berita di mana kandungan acara langsung dirakam dan dihantar melalui talian internet kembali ke studio  untuk disunting menggunakan fasiliti teknikal di studio dan penerbitan yang telah siap boleh ditonton melalui platform media digital atau media sosial.

Sistem Mobile Journalist (MOJO) adalah kaedah penerbitan berita atau program yang lebih menjurus kepada penerbitan media sosial. Peranti Mobile (Mobile Phone) merupakan medium alternatif yang boleh digunapakai dalam merakam atau menyiarkan bahan pelaporan secara langsung selain menggunakan kaedah Single Camera Production (SCP) atau Multiple Camera Production (MCP). Dengan menggunakan sistem MOJO penghantaran bahan audio video boleh dilakukan menggunakan talian internet.

Kursus ini diadakan bagi memberi pemahaman dan kemahiran dalam pengoperasian sistem MOJO serta konfigurasi peralatan remote production secara teori dan amali berdasarkan piawaian industri penyiaran Malaysia

 

Objektif Kursus :

1. Meningkatkan kebolehan mengendalikan peralatan MOJO
2. Meningkatkan kemahiran konfigurasi peralatan MOJO dan sistem remote live production
3. Mengoptimum kemahiran penggunaan aplikasi sokongan MOJO
4. Meningkatkan kebolehan menggunakan aplikasi TVU Anywhere sebagai medium penghantaran bahan ke Pusat Berita.

 

 

Tarikh : 22 sehingga 24 Julai 2024

Lokasi : Dewan Cendekiawan IPPTAR

Yuran : RM30

 

 Penyelaras Kursus : 

 

Urusetia Kursus :

Paparan Terbaik pada resolusi tinggi 1920×1080
Jumlah Pengunjung 
5660804
INSTITUT PENYIARAN DAN PENERANGAN
TUN ABDUL RAZAK (IPPTAR)
Kementerian Komunikasi , Peti Surat 12163,
Jalan Pantai Baharu,
59700 Kuala Lumpur

No Telefon: 03-22957555 
Fax: 03-22957575/03-22824796