Sesi Knowledge Sharing bersama PRO
Sesi Knowledge Sharing daripada YBhg. Dato’ Roslan bin Ariffin, Pengarah IPPTAR bersama para Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Kementerian sempena Kursus AI-Driven Content anjuran Jabatan Penerangan Malaysia. Kursus ini melibatkan 43 orang PRO dari pelbagai kementerian dan telah diadakan di Aras 15, Bilik Latihan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, JAPEN.
Semasa sesi tersebut, YBhg. Dato’ Pengarah telah berkongsi maklumat ringkas mengenai IPPTAR serta takwim kursus 2026 anjuran IPPTAR yang boleh disertai oleh PRO kementerian.
Selain itu, YBhg. Dato’ Pengarah turut berkongsi ilmu, perspektif dan pengalaman dalam bidang kewartawanan dan media bersama para peserta kursus.
#ipptarforall #kementeriankomunikasi




te






