Majlis Perasmian Penutup Tamil Telemovie Scriptwriting Workshop
Majlis Perasmian Penutup Tamil Telemovie Scriptwriting Workshop
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil Bengkel Penulisan Skrip Telemovie Tamil anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) telah disempurnakan oleh Encik Mano Verabathran , Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi (Infrastruktur Telekomunikasi), tengah hari ini.
Bengkel yang berlangsung selama tiga hari ini berjaya menghimpunkan 27 peserta bagi memperkukuh kemahiran penulisan skrip telemovie Tamil, selari dengan usaha memperkasa industri kreatif tempatan. Penulisan skrip yang berkualiti bukan sahaja membentuk naratif yang kuat dan beridentiti budaya, malah berperanan memperkayakan landskap kandungan tempatan yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia.
#ipptarforall #55tahun




te






