Permukiman Setiausaha Akhbar Dan Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian
𝐏𝐞𝐫𝐦𝐮𝐤𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐀𝐤𝐡𝐛𝐚𝐫 𝐃𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐨𝐫𝐩𝐨𝐫𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat (BKSK) Kementerian Komunikasi dengan kerjasama IPPTAR menganjurkan Program Permukiman Setiausaha Akhbar Dan Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian bagi tahun 2026.
Kursus ini yang berlangsung pada 6 & 7 Februari 2026 melibatkan penyertaan daripada semua Setiausaha Akhbar (SUA) dan Ketua Unit Komunikasi Korporat (UKK) Kementerian.
Matlamat utama kursus ini adalah untuk meningkatkan profesionalisme pengamal media dalam menangani senario semasa, di samping memperkukuhkan komunikasi strategik dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Melalui kursus ini juga, para peserta didedahkan dengan ilmu dan pengalaman dalam memperhebatkan komunikasi yang lebih berkesan dan berimpak tinggi, seterusnya dapat memperkasakan teknik perundingan dalam merangka strategi media agar dasar-dasar kerajaan dapat disampaikan secara holistik, komprehensif serta dapat dirasai oleh rakyat.
Majlis perasmian penutup Permukiman Setiausaha Akhbar Dan Ketua Unit Komunikasi Korporat Kementerian akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 7 Februari 2026.
#ipptaruntuksemua #LatihanProfesional




te




