Skip to main content

Majlis Perasmian Seminar Komunikasi Pembujukan: Menangi Hati Rakyat

KHAMIS - 22 Oktober 2026

Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Datuk Bahria Mohd Tamil hari ini merasmikan Seminar Komunikasi Pembujukan: Perkukuh Pendekatan Menangi Hati Rakyat 2026 anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) bersama-sama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di Menara Komunikasi.
 
Datuk Bahria menegaskan bahawa komunikasi kerajaan perlu beralih kepada pendekatan dua hala yang mengutamakan ketelusan, fakta dan empati bagi membina keyakinan rakyat dalam menyampaikan dasar kerajaan dalam bahasa yang mudah difahami. Seminar ini juga memperkukuh sinergi antara IPPTAR dan JAPEN bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat kerajaan kepada rakyat dengan berkesan.
 
Hadir sama Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Datuk Aminurrahim Mohamed; Ketua Pengarah JAPEN, Erwin Khairul Ahmad serta Ketua Bahagian Akademik IPPTAR, Mohammad Yusari Ameer bin Mohd Yusof.
 

 

 

Persidangan Dunia Kelima mengenai Ekonomi Kreatif (WCCE)

KHAMIS - 22 Oktober 2026

Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil hari ini menghadiri Persidangan Dunia Kelima mengenai Ekonomi Kreatif (WCCE) bagi membincangkan hala tuju dan peluang pembangunan ekonomi kreatif di peringkat antarabangsa di Jakarta, Indonesia.
 
Persidangan WCCE merupakan sebuah gerakan dan platform global yang memberi tumpuan kepada peranan ekonomi kreatif dalam pembangunan mampan global. WCCE ini menjadi wadah kepada penggubal dasar, pemain industri, ahli akademik dan pihak berkepentingan lain untuk berbincang, bekerjasama dan menangani cabaran serta meneroka peluang dalam sektor ekonomi kreatif yang berkembang pesat ini.
 
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative Ventures, Zainol Haqim Zainol Rashid; serta Setiausaha Bahagian Pembangunan Kandungan, YM Dr. Tunku Latifah Tunku Ahmad.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

Majlis Kemuncak Bulan Integriti dan Audit Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

KHAMIS - 22 Oktober 2026

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah hari ini menghadiri Majlis Kemuncak Bulan Integriti dan Audit Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) 2026 yang dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Sri KPj Abdul Halim Aman di Menara MCMC, Cyberjaya.
 
Program tahunan anjuran MCMC ini bertujuan memperkukuh budaya integriti, ketelusan dan tadbir urus korporat yang baik dalam ekosistem industri komunikasi dan multimedia. Antara pengisian majlis adalah lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) serta penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan integriti yang dianjurkan sepanjang tahun, sebagai usaha menyemai nilai integriti, menolak amalan rasuah dan memperkukuh budaya kerja yang telus serta berakauntabiliti.
 
Hadir sama Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

CONTACT US

INSTITUT PENYIARAN DAN PENERANGAN TUN ABDUL RAZAK (IPPTAR)

Kementerian Komunikasi ,
Peti Surat 12163,
Jalan Pantai Baharu,
59700 Kuala Lumpur.

Telefon : 03-22957555
Emel : info.ipptar@ipptar.gov.my 

TOTAL VISITOR

07841354
Today: 1
Total: 7,841,354
  • Kemas Kini Terakhir: 23 October 2026.
Laman ini sesuai dipapar menggunakan pelayar web Microsoft Edge & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366×768

HAK CIPTA TERPELIHARA 2026 © IPPTAR

IPPTAR

JOM BERKURSUS !!!
PANDUAN DAFTAR KURSUS