Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak menjemput warga kerja dan keluarga jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia untuk bersama meriahkan sambutan Hari Kemerdekaan 2017 dengan menyertai pertandingan fotografi yang dianjurkan.

 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

1. Terbuka kepada warga kerja dan keluarga jabatan dan agensi dalam KKMM.

2. Terbahagi kepada 2 kategori : a - Kategori Popular b - Kategori Kreatif

3. Tema pertandingan adalah Negaraku (#Negaraku) dimana gambar harus mengetengahkan manifestasi semangat cintakan Malaysia berdasarkan perpaduan rakyat, keharmonian, kemakmuran, keindahan serta kejayaan Malaysia.

4. Bagi Kategori Kreatif peserta boleh menggunakan Kamera Digital Lensa Refleks (DSLR) atau Mirrorless Camera dengan saiz fail gambar mestilah minimum 2MB sehingga maksimum 8MB setiap keping.

5. Bagi Kategori Popular terbuka untuk penyertaan berkonsepkan swafoto.

6. Setiap imej yang dihantar mestilah dirakam sendiri oleh peserta. Apa juga tuntutan daripada pihak ketiga berkaitan perlanggaran hak cipta atau kepentingan individu di dalam imej selepas ini adalah tanggung jawab peserta.

7. Gambar pertandingan ini akan dinilai berdasarkan pematuhan kepada tema, kreativiti dan aplikasi teknik fotografi yang terbaik.

8. Sila pastikan foto yang dihantar tidak pernah dipertandingkan atau digunakan dalam apa juga bentuk cetakan.

9. Bagi Kategori Kreatif suntingan gambar minima sahaja yang dibenarkan (Terang,Gelap,Cropping,Tone). Suntingan tambahan gambar digital ‘super-imposed’ tidak dibenarkan (Manipulasi,Pencahayaan Tiruan, Tambahan Kesan Khas dan sebagainya).

10. Bagi Kategori Popular gambar haruslah berserta dengan kapsyen yang menarik. Kapsyen mesti ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Kapsyen hendaklah tidak melebihi 60 patah perkataan. Penyertaan tanpa kapsyen tidak akan diterima.

11. Gambar yang dihantar hendaklah dalam format JPEG sahaja yang mengandungi imej digital asal.

12. Semua penyertaan hendaklah di emel kepada “Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. “ dan diterima sebelum atau pada hari Rabu, 1 Ogos 2017 pukul 3.00 petang. Setiap peserta dibenarkan menghantar maksima sebanyak 5 penyertaan sahaja dan hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja

13. Penyertaan adalah secara individu. Pihak penganjur berhak mencetak dan menerbitkan mana-mana foto yang dipertandingkan bagi tujuan publisiti dan promosi. Semua foto bagi tujuan penyertaan menjadi hak milik IPPTAR.

14. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

 

 MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN 

Cetak