Tawaran Permohonan Kursus

Anjuran Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak

(IPPTAR) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia


Sukacita dimaklumkan penyertaan dibuka kepada kakitangan jabatan dan agensi dalam KKMM untuk mengikuti kursus anjuran IPPTAR seperti yang disenaraikan dalam Kalendar  Kursus Tahun 2017.

Untuk makluman, sistem permohonan secara dalam talian atau e-Kursus juga masih dalam proses naik taraf dan sedang dikemaskinikan.

Sehubungan itu, permohonan hendaklah dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran IPPTAR atau dimuat turun menerusi laman sesawang IPPTAR. Sila pastikan permohonan disokong dan mendapat pengesahan Ketua Jabatan. Borang yang lengkap hendaklah difakskan ke nombor 03 – 22957575 atau 03 – 22824796.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Urus setia IPPTAR, En. Mohammad Kamal atau Puan Norbaiti Razali di talian 03 – 2295 7555 sambungan 425.

*tertakluk kepada sebarang pindaan

 

permohonankursus2017


MUAT TURUN BORANG DAN JADUAL KURSUS

 

       write13        hostel             calendar179

             BORANG KURSUS   |     ASRAMA     |    KALENDAR KURSUS


Dikeluarkan oleh :

Pengarah

Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak

Peti Surat 12163, Jalan Pantai Baru,

59700 Kuala Lumpur.

E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Laman Web : http://www.ipptar.gov.my

Cetak