Soalan: Berapakah bayaran yang dikenakan kepada peserta kursus?

Jawapan: Yuran pendaftaran hanyalah sebanyak RM30.00 seorang dan boleh dituntut semula daripada jabatan masing-masing.

Soalan: Berapa lamakah setiap kursus anjuran IPPTAR?

Jawapan: Kursus yang paling singkat, dua hari dan yang paling lama tiga bulan.

Soalan: Siapakan yang layak tinggal di asrama Seri IPPTAR?

Jawapan: Hanya peserta kursus anjuran IPPTAR yang tinggal di luar Kuala Lumpur sahaja yang layak tinggal di asrama Seri IPPTAR. Selain peserta kursus, sekiranya ada yang berminat untuk menginap, bayaran atau kadar bilik yang dikenakan adalah seperti yang terkandung dalam Akta Fi.

Soalan: Siapakah yang layak untuk memohon mengikuti kursus dan latihan anjuran IPPTAR?

Jawapan: Semua pegawai Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.Ada juga kursus yang dibuka kepada penjawat awam di kementerian lain.Walau bagaimanapun, bayaran dikenakan mengikut Akta Fi.

Soalan: Bolehkah permohonan kursus dibuat secara dalam talian (online)?

Jawapan: Ya, kursus di IPPTAR boleh dipohon secara dalam talian (HRMIS) bermula 2 Oktober 2011.

Soalan: Apakah jenis-jenis kursus yang ditawarkan oleh IPPTAR?

Jawapan: IPPTAR merupakan pusat latihan bersepadu bagi warga kerja KKMM. Kami menawarkan kursus-kursus yang bersifat fungsional dan generik. Sila rujuk Kursus@IPPTAR.

Soalan: Adakah kemudahan penginapan disediakan untuk peserta kursus dari luar Lembah Kelang dan Putrajaya?

Jawapan: Peserta kursus dari luar Lembah Kelang dan Putrajaya diwajibkan menginap di Asrama  Seri IPPTAR. 

Cetak