
E-Jurnal terbitan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) adalah platform untuk berkongsi ilmu dalam bidang Industri Kreatif, Teknologi Penyiaran dan Komunikasi Strategik kepada pembaca yang terdiri daripada peserta kursus IPPTAR, mahasiswa Institusi Pengajian Tingga Awam atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta bidang berkaitan serta masyarakat secara umumnya.
Ia melibatkan penulisan artikel oleh ahli akademik dari universiti tempatan dan pemain industri serta hasil kajian oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC).